Selasa, 30 Jun 2009

Sajak (Mata Ayah dan Seuntai Kata Untuk Dirasa)

Mata Ayah

Maksud

Rangkap 1
Penyajak pulang ke kampung disambut oleh ayahnya yang telah tua dengan perasaan gembira.

Rangkap 2
Walaupun ayahnyan gembira, penyajak dapat merasakan bahawa ayahnya itu hidup dalam penderitaan.

Rangkap 3
Penyajak sedar bahawa ayahnya itu tidak mahu menunjukkan penderitaan yang ditanggung kepada penyajak yang pulang ke kampung untuk menikmati beras.

Rangkap 4
Walaupun ayahnya sendiri telah rela menerima penderitaan tersebut sebagai sebahagian daripada kehidupan yang mesti dilalui, penyajak sanga sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh ayahnya.

Tema

Sajak Mata Ayah mengungkapkan tema tentang kemanusiaan, iaitu pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.

Persoalan
Peranan dan tanggungjawab anak untuk membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban.

Kegigihan seorang ayah untuk meneruskan penghiduupan yang penuh penderitaan.

Bertakwa, iaitu bersyukur dan menyerah diri kepada Allah SWT walaupun hidup menderita.

Bentuk

Berbentuk kuatren, iaitu terdiri daripada empat baris ayat dalam satu-satu rangkap dan bentuknya menyerupai pantun.

Terdapat empat rangkap

Jumlah kata yang digunakan ialah antara empat hingga sepuluh patah kata.

Sembilan hingga dua puluh kata setiap baris

Rima sajak ini bebas dan tidak terikat. Contohnya:
Rangkap 1: abbb
Rangkap 2: abca
Rangkap 3: abcd
Rangkap 4: abcb

Nada : Melankolik

Unsur-unsur bunyi

Asonasi
Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal iaitu, a,e,i,o,u
Contohnya: Tapi matanya, mata yang menatapku (pengulangan vokal a)

Aliterasi
Dalam sajak ini terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan.
Contohnya: Mataku tersenyum, matanya menyapa (pengulangan konsonan n)

Unsur-unsur bahasa

Diksi
Pemilihan kata-kata yang tepat dan puitis.
Contohnya: mataku tersenyum, matanya menyapa

Personifikasi
Personifikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.
Contohnya : Kelibat senyum matanya masih jua ramah.

Simile
Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakn kata seperti, bagai, umpama, dan sebagainya.
Contohnya: bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang

Metafora
Metafora merupakan gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan . Biasanya metafora terdiri daripada dua patah kata.
Contohnya: pudar bulan pagi
Kolam-kolam derita

Nilai-nilai dan pengajaran.
1. Tanggungjawab > kita perlu bertanggungjawab kepada keluarga.
2. Pengorbanan > kita mesti menghargai pengorbanan ibu bapa.
3. Taat perintah Tuhan > kita hendaklah taat perintah Tuhan
4. Ketabahan > kita mesti tabah menghadapai dugaan hidup.
5. Bersyukur > janganlah kita menyalahkan takdir.
6. Anak-anak harus menjalinkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa supaya mereka hidup gembira.
7. Anak-anak bertanggungjawab untuk membantu ibu bapa sama ada dalam bentuk material ataupun moral lebih-lebih lagi jikalau mereka telah tua, uzur dan miskin. Jasa ibu bapa sebenarnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
8. Masyarakat perlu prihatin dan mengambil langkah-langkah yang positif untuk membantu kaum petani supaya mereka memperolehi pendapatan yang setimpal dengan usaha-usaha yang telah dicurahkan agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih sempurna.

Seuntai kata untuk dirasa

Maksud

Rangkap 1
Seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidup, mereka hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan leka atau membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja.

Rangkap 2
Dalam usaha mengejar cita-cita tersebut, kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup “diam-diam berisi” iaitu berusaha secara berterusan tanpa kenal erti putus asa sehingga berjaya. Bukan seperti “ayam bertelur sebiji riuh sekampung” yang cakap besar, berlagak ke sana ke mari tetapi gagal dalam semua perkara.

Rangkap 3
Sekarang telah tiba masanya untuk kita mengubah sikap. Janganlah asyik berangan-angan atau cakap yang sia-sia, sebaliknya kita tumpukan perhatian dan kekuatan untuk menyusun strategi bagaimana hendak memperoleh kejayaan agar menjadi manusia yang berguna.

Tema
Sajak ini mengungkapkan tema semangat perjuangan untuk mencapai cita-cita dalam kehidupan.

Persoalan
Kepentingan cita-cita dalam kehidupan manusia. Setiap individu perlu mempunyai cita-cita dalam hidup supaya dapat memberikan semangat dan azam kearah melaksanakan cita-cita.

Perancangan sangat penting untuk memastikan segala yang dirancang dapat dicapai.

Kita mestilah mengamalkan falsafah hidup yang positif supaya segala tindakan yang diambil menjurus kearah kesempurnaan.

Bentuk
Berbentuk kuatren, iaitu terdiri daripada empat baris dalam satu-satu rangkap dan bentuknya menyerupai pantun.

Jumlah kata dalam baris adalah seimbang, iaitu empat patah kata.

Rima sajak ini bebas dan tidak terikat kecuali pada rangkap pertama sajak.
Rangkap 1: aaaa (rima akhir berbentuk syair)
Rangkap 2: aabb
Rangkap 3: aaba

Nada : Sinis

Unsur-unsur bunyi

Asonasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi vokal iaitu a,e,i,o,u.
Contohnya: panas usah membakar dada

Aliterasi
Terdapat pengulangan bunyi-bunyi konsonan .
Contohnya: suara usah mengegar sahaja

Unsur-unsur bahasa

Diksi
Pemilihan kata-kata yang tepat dan puitis
Contohnya : tiba sat berbunga merah

Peribahasa
Contohnya: ayam bertelur riuh sekampung tahu

Pengulangan
Terdapat pengulangan kata pada tengah baris.
Contohnya: panas usah membakar dada
Suara usah mengegar sahaja

Nilai dan pengajaran
1. Setiap orang mesti mempunyai cita-cita dalam hidup supaya mereka ada arah tujuan yang tertentu.
2. Orang yang berjaya ialah orang yang ada perancangan dalam hidup. Mereka merancang langkah-langkah yang patut diambil supaya cita-cita yang diidamkan tercapai.
3. Langkah pertama kearah kejayaan hidup ialah berfikir kea rah positif dan sentantiasa berfikiran terbuka.
4. Orang yang mahu menjadi manusia yang berjaya mestilah mengamalkan falsafah hidup yang mendorong mereka ke arah kejayaan.
5. Kita mestilah gigih berusaha dan janganlah suka meninggi diri.
6. Kita mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan mestilah sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu tugas.