Isnin, 29 Jun 2009

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.


Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.


Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.


Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-
1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

SPR mengendalikan dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

Pilihan raya umum diadakan bagi memilih ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya ini boleh diadakan serentak atau berasingan.

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan seperti kematian wakil bagi mana-mana bahagian pilihan raya sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, perletakan jawatan, perlucutan jawatan atau mana-mana sebab lain yag menyebabkan berlakunya kekosongan itu.

Pilihan raya kecil mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya kekosongan itu.

Tentang Parlimen lagi

Pembubaran Parlimen

Berdasarkan Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Penamaan Calon

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihanraya (calon) hendaklah:
> warganegara Malaysia
> berumur 21 tahun ke atas
> bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan mendaftar dalam daftar pengundi dengan SPR
> tidak diistiharkan muflis oleh mahkamah dan sempurna akal
> tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidka kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

Calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan dan perlu menyediakan wang RM10,000 sebagai wang pertaruhan untuk bertanding kerusi Dewan Rakyat dan RM5000 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.

Wang pertaruhan akan hilang jika calon gagal untuk meraih sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlan undi yang diraih oleh calon-calon lain.

Kertas penamaan calon hendaklah diserahkan antara jam 9.00 hingga 11.00 pagi pada hari penamaan calon.

Kempen

Sebelum hari pengundian, calon-calon yang bertanding diberi peluang untuk berkempen bagi memancing undi. Tempoh berkempen bermaksud jarak masa antara hari penamaan calon dengna hari pengundian.

Kaedah berkempen diadakan dalam pelbagai bentuk seperti penyebara risalah, surat, pelekat, poster, ceramah serta kempen dari rumah ke rumah.

Semua kempen pilihan raya hendaklah ditamatkan sebelum jam 12.00 tengah malam menjelang hari pengundian.

Seseorang calon perlu mematuhi beberapa peraturan semasa berkempen seperti:
> tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi seseorang sebagai bahan untuk berkempen atau memancing undi.

> memastikan semua risalah atau bahan bercetak yang diedarkan semasa berkempen menganudngi alat pencetak atau penerbit.

> mengelak daripada melakukan perbuatan menyogok atau menjamu sesiapa dengan tujuan untuk mempengaruhi orang itu membeli undi, tidak mengundi calon tertentu atau tidak keluar mengundi.

> menggunakan kekerasan atau paksaan untuk memancing undi.

> memberi rasuah dengna niat untuk memancing undi.

Pengundian

Dalam sebuah demokrasi, "pengundian" biasanya melibatkan pilihan raya, iaitu satu cara untuk para pengundi memilih calon untuk jawatan. Dalam politik, "pengundian" ialah cara untuk para pengundi dalam sebuah demokrasi untuk melantik wakil-wakil untuk kerajaan mereka. Undi ialah pemilihan seseorang calon (atau sekumpulan calon) dengan penandaan pada kertas undi.

Pada hari pengundian, semua pengudi yang telah berdaftar dengan SPR akan keluar mengundi mulai jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari yang sama.

Pengundian hanya dijalankan di tempat-tempat yang telah diwartakan.

Hanya pengundi yang memenuhi kelayakan sahaja dibenarkan untuk mengundi iaitu:
> berumur 21 tahun dan ke atas dan mendaftar dengan SPR.
> mengundi di kawasan yang didaftarkan sahaja.
> warganegara Malaysia dan waras akal fikiran.

Pengundi mengundi calon dengan menandakan tanda pangkah(X) dalam ruang yang bertentangan dengan nama atau simbol calon. Kertas undi yang telah ditanda hendaklah dimasukkan ke dalam peti undi.

Pengiraan Undi

Undi akan dikira untuk menentukan pemenang yang akan menjadi wakil rakyat dalam sesuatu kawasan.

Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi yang telah ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Hanya beberapa individu yang dibenarkan berada di tempat mengira undi iaitu:
> ahli dan pegawai SPR
> pegawai yang dilantik oleh SPR
> kerani mengira undi
> calon, wakil calon dan ejen mengira undi bagi memastikan pengiraan dilakukan dengan adil dan betul.

Pengisytiharaan Pemenang

Selepas undi selesai dikira, penyata pengiraan undi akan dibawa kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat perjumlahan rasmi.

Keputusan Pilihan Raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Kawasan dan calon yang mendapat undi terbanyak diisytiharkan menang.

Pembentukan Kerajaan

Parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan.

Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Sejarah Bangunan Parlimen

Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda.

Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.

Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-

a. Bangunan Ibu (3 tingkat)
b. Menara (17 Tingkat)

Bangunan Ibu

Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina.

Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.

Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya.

Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan.


Menara

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.


Keistimewaan Bangunan Parlimen

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.

Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.

Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen.

Fungsi


Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli Parlimen secara individu.

Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.

Ahad, 28 Jun 2009

Terima Kasih

Terima kasih kepada pelajar yang sudi melayari blog ini. terutama sekali para pelajar 2a6. Cikgu sayang kamu semua. Semoga apa yang cikgu paparkan dapat menjadi panduan dan dapat menambah pengetahuan kamu semua.

Karangan Jenis Perbincangan

1) Karangan jenis ini memerlukan pelajar mengemukakan hujah, ulasan atau pandangan berkenaan sesuatu tajuk. Merupakan karangan tidak berformat.

2) Pelajar memerlukan pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang bagi memudahkan pelajar mengemukakan hujah yang tepat dan padat.

3) Karangan jenis ini biasanya berkaitan dengan isu-isu semasa yang diperdebatkan oleh masyarakat umum. Oleh itu, biasanya pelajar memberikan pandangan pro dan kontra.

4) Pelajar perlu memilih tajuk yang benar-benar dikuasai untu memudahkan mereka memberikan isi dan hujah.

5) Kata kunci yang sering digunakan dalam soalan ialah:
a)Bincangkan
b)Setujukah anda?
c)Beri pandangan anda.
d) Nyatakan kebaikan dan keburukan.

6) Hujah pelajar mestilah logik dan bersesuaian dengan tajuk supaya menggambarkan kematangan. Bagi memantapkan hujah, anda digalakkan memberikan bukti, contoh atau pendapat tokoh tertentu.

7) Pelajar perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami, tepat, ringkas dan padat.

8) Pelajar perlu bijak dan memahami kehendak soalan, sama ada menyokong atau membangkang.

9) Walau bagaimanapun, kadang-kadang pelajar diminta untuk memberikan hujah yang neutral, iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan memberikan hujah kepada kedua-dua belah pihak. Contohnya, bincangkan buruk dan baiknya televisyen kepada pelajar.

10) Pelajar perlu mengikuti format umum penulisan karangan berkenaan, iaitu:

a) Pendahuluan - menyatakan skop yang akan dibincangkan dan menggambarkan tajuk secara tepat dan padat.

b) Isi - memberikan hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang dibincangkan. Setiap isi ditulis dalam perengggan yang berasingan dan isi disusun mengikut kepentingan.

c) Penutup - menyimpulkan perkara yang telah dibincangkan tetapi mestilah bersesuaian dengan tajuk dan nyatakan pendirian anda tentang isu yang dibincangkan.

11) Karangan jenis ini juga memerlukan anda meneliti tiga perkara yang menjadi tugasan tajuk karangan yang dipilih. Sebagai contoh:

a) Bincangkan kesan penurunan harga kereta selepas pengumuman Dasar Automotif Negara baru-baru ini. Tajuk sebegini memerlukan anda membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu isu.

b) Bincangkan kebaikan atau keburukan daripada kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter. Tajuk ini memerlukan anda membincangkan satu aspek sahaja.

c) Bincangkan faktor yang menyebabkan kadar jenayah di negara kita semakin meningkat. Tajuk ini tidak memerlukan anda menulis kebaikan atau keburukan. Hal ini demikian kerana kunci faktor sudah membawa maksud jelaskan atau huraikan.

12) Bagi soalan yang meminta anda memberikan cadangan, pastikan kata bestari yang digunakan untuk mengemukakan sesuatu isi itu bersifat cadangan. Antara kata bestari yang perlu digunakan adalah seperti yang berikut:
* hendaklah
* haruslah
* wajar
* sepatutnya
* mestilah
* amat perlu
* perlulah

Contoh Karangan
(dipetik daripada http://www.geocities.com/karanganhscs/perbincgan3.htm)

Apakah faktor-faktor yang menentukan kejayan seseorang pelajar? Bincangkan.



Kejayaan adalah seseuatu yang seseorang akan dapat setelah mencapai sesuatu yang dikehendaki atau sesuatu matlamat.Kejayaan tidak datang begitu sahaja namun untuk meraih kejayaan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepadanya.



“Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang” adalah salah satu peribahasa yang memberitahu kita bahawa usaha dan kegigihan itu perlu untuk mendapatkan kejayaan. Kejayan seseorang pelajar tidak akan kesempaian sekiranya pelajar itu malas atau tidak mencuba untuk menceburi sesuatu bidang. Ia lebih sukar jika seseorang pelajar itu malas dan enggan mengubah sikapnya yang buruk itu. Kegigihan atau keinginan untuk berjaya atau lulus akan mendorong pelajar tersebut untuk terus mencuba hingga berjaya. Contohnya, Thomas Edison, salah seorang saintis yang terkenal di dunia telah gagal hampir dua ribu kali semasa sedang mereka bulb lampu yang telah memberi kesenangan untuk manusia pada zaman ini tetapi beliau tidak pernah berputus asa kerana beliau percaya bahawa suatu hari nanti beliau akan turut berjaya seperti ahli-ahli sains seperti Albet Einstien. Beliau telah berjaya semasa mereka bulb lampunya yang ke- dua ribu satu.



Faktor penting yang menyumbang pada kejayaan seseorang pelajar itu adalah pentingnya membahagikan masa seharian. Pada zaman sekarang, ramai pelajar begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti tuisyen, aktiviti luar darjah (CCA), kelas madrasah dan sebagainya. Ramai pelajar tidak fokus dan mula mengabaikan pelajaran mereka tanpa disedari kerana terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Pelajar harus pandai membahagikan masa dengan membuat jadual untuk setiap aktiviti setiap hari supaya masanya tidak akan diluang sepenuhnnya pada aktiviti-aktiviti tambahan sahaja malah ia juga akan memberikan masa untuk pelajar itu mengulangkaji pelajarannya.Dengan itu, markah yang baik dapat diraih oleh pelajar tersebut. Ia penting untuk seseorang pelajar itu berjaya dalam pelajaran dan juga kegiatan luar darjah.



Sokongan daripada orang-orang yang kita sayangi tidak harus dilupakan. Orang-orang yang terdekat seperti ibu bapa, rakan-rakan dan guru-guru dapat mendorong seseorang pelajar untuk terus berjaya sekiranya pelajar itu bermasalah atau menghadapi kesukaran kerana kata-kata dorongan dapat memberi kesan yang mendalam pada seseorang itu. Alexandra Graham Bell, saintis yang telah mereka telefon hampir gagal dan putus asa apabila berturut-turut gagal tetapi dengan sokongan isterinya dan ahli keluarganya,beliau telah berjaya.



Pasti semua manusia ingin meraih kejayan dalam hidup mereka tetapi terdapat juga beberapa faktor atau rintangan yang menghindari seseorang itu dari meraih kejayaan. Salah satu daripadanya adalah kekurangan wang untuk melanjutkan pelajaran, kemudaratan kesihatan dan sebagainya. Ini adalah beberapa ringtangan yang dihadapi oleh beberapa manusia tetapi sekiranya rintangan tersebut tidak dijadikan sebagai alasan untuk mencapai kejayaan, kejayaan pasti dapat diraih. Setelah kita meraih kejayaan, janganlah kita bermegah namun kita harus merendah diri .


Kebanyakan remaja berasa bahawa ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak remaja mereka.Bincangkan.



Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga terutama sekali mereka yang mempunyai anak remaja.Ia kerana komunikasi adalah satu cara untuk berinteraksi antara satu sama lain agar dapat memahami dan mengenali masalah dan perasaan anak remaja tersebut.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dan salah satunya ialah berkomunikasi dengan anak remaja mereka.Ibu bapa seharusnya mengambil tahu mengenai kegiatan anak remaja mereka dan mengenali rakan-rakan anak mereka.



Kebanyakan remaja berasa lebih selesa berkongsi perasaan dan masalah mereka dengan rakan-rakan mereka.Bagi mereka,ibu bapa hanya mementingkan maruah keluarga tetapi kurang memberi perhatian dengan banyak mengadakan aktiviti atau riada yang boleh merapatkan perhubungan yang lebih intim di antara ibu bapa dan anak remaja.



Ibu bapa bukan sahaja harus memberi didikan yang sempurna tetapi mereka juga harus memberi pelajaran ugama kepada anak remaja mereka,walau bagaimanapun mereka juga harus memastikan anak remaja mereka tidak terlepas dari perhatian mereka akan tetapi janganlah terlalu mengongkong kerana kongkongan yang terlampau terhadap anak remaja boleh membosankan dan melemaskan mereka.Anak-anak remaja sekarang juga inginkan kehidupan yang normal bersesuaian dengan tahap kematangan mereka,malangnya pada masa kini,kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan kegiatan harian sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk bersama atau berkomunikasi dengan anak remaja mereka atas alasan demi keselesaan hidup kelak nanti.



Oleh hal yang demikian,mereka meletakkan tanggungjawab mendidik anak remaja mereka samaada ke atas pundak guru-guru atau saudara-mara.Kelakuan seperti ini merenggangkan perhubungan antara kedua-dua ibu bapa dan anak remaja mereka.Akibatnya,ramai remaja yang melarikan diri atau melibatkan diri dalam jenayah untuk mendapatkan perhatian.Walau bagaimanapun,untuk menentukan siapa yang bersalah hanya dapat ditentukan berdasarkan kejadian yang telah berlaku.Kadangkala remaja berkenaan berkecil hati dengan kedua-dua orang tuanya kerana merasa diri mereka tidak dipedulikan.Walau bagaimanapun,kebanyakan remaja tidak sedar akan kesilapan dan tingkah laku mereka sendiri.Ada yang tidak mengambil peduli akan teguran dan nasihat orang tua mereka.



Anggapan anak-anak remaja masa kini tentang teguran atau nasihat daripada ibu bapa mereka hanyalah seperti leteran semata-mata.Mereka merasakan 'leteran' itu hanya membuat mereka merasa lebih bosan.Sememangnya,mereka lebih gemar meluangkan masa bersembang dan mengongsi masalah mereka dengan rakan-rakan mereka yang seusia dengan mereka.Kelakuan seperti itu membuat mereka lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membantu kerja-kerja di rumah.



Pengaruh barat adalah salah satu punca mengapa anak-anak remaja menjadi lalai dengan adat resam budaya mereka.Kebanyakan remaja juga terikut-ikut cara kebaratan bukan hanya dari segi pemakaian namun juga dari segi perwatakan.Akibatnya,mereka menjadi lebih aggresif apabila diberi teguran oleh ibu bapa atau kaum keluarga.Teguran dan nasihat yang diberi kepada mereka seolah-olah hujan jatuh ke pasir.Mereka langsung tidak menghiraukan teguran dan nasihat bak pepatah masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.



Sememangnya,anak-anak remaja masa kini tidak menghargai jasa-jasa ibu bapa mereka apabila mereka bergaul bebas di luar rumah.Perbincangan bersama keluarga tidak lagi dihiraukan sesama sekali.Komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja mereka diabaikan dan menjadikan pertalian antara ibu bapa dan anak renggang.Anak-anak remaja seharusnya menghargai pengorbanan ibu bapa mereka kerana ia tidak dapat dirasakan oleh anak-anak yatim.



Komunikasi diantara kedua-dua ibu bapa dan anak remaja mereka bukan hanya berhadapan malahan ini dapat dilakukan dapat menggunakan teknologi terkini seperti menghantar pesanan melalui SMS atau emel.Anak-anak remaja sekurang-kurangnya dapat merasakan bahawa diri mereka dihargai atau diberi perhatian.Mesej pendek seperti "i love you" ataupun "jaga diri baik-baik" membuat seseorang anak remaja itu sedar bahawa ibu bapa beliau tidak mengabaikan dirinya.Bagi ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya dan tidak mengambil tahu tentang tingkah laku anak remaja mereka,mereka seharusnya sedar akan kelalaian mereka yang akan membuat anak remaja mereka hanyut.Anak-anak remaja yang tidak menghiraukan teguran dan nasihat ibu bapa mereka juga harus sedar akan semuanya untuk kebaikan diri mereka sendiri.Ibu bapa yang terlalu mengongkong anak remaja mereka pula harus memberi sedikit kebebasan tetapi harus mengambil tahu siapa rakan-rakan anak remaja mereka dan apa yang dilakukan oleh anak remaja mereka samada di sekolah mahupun kegiatan luar darjah.



Seharus-harusnya,kedua-dua ibu bapa dan anak remaja mempunyai peranan penting masing-masing untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga.Hubungan yang intim dapat menjalinkan sebuah keluarga yang bahagia.Oleh itu,komunikasi amat penting agar dapat memahami antara satu sama lain

Rabu, 24 Jun 2009

Kapten Hassan Wira Bangsa

Kapten Hassan Wira Bangsa merupakan sebuah novel mengisahkan perjuangan perajurit negara yang berjuang menentang keganasan komunis semasa zaman darurat di Malaysia 1948-1960. Tokoh utama novel ini ialah Kapten Hassan yang menyertai askar Melayu bagi mempertahankan negara Malaysia.

Sinopsis

Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12 , Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman pemerintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada ditangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.

Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak.

Hassan telah dinaikkan pangkat Lans Koperal dan berpindah ke Mentakab, Pahang. Di sini, beliau berjaya menggempur perkhemahan pengganas di Sungai Kawang. Pada tahun 1951, Hassan dianugerahi Bintang Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 1952, beliau mendirikan rumah tangga. Kejayaan Hassan membunuh pengganas komunis semasa menjalankan tugas mendapat penghargaan daripada Ratu Elizabeth dengan pengurniaan Bintang Penghormataan Tentera dan Bintang Darjat Keberanian.

Pasukan komunis berusaha untuk menangkap Hassan dengan menghantar Ah Kiew @ Ah Moi untuk menggoda Hassan. Rancangan Ah Moi gagal, sebaliknya dia mempengaruhi rakan-rakannya menyerah diri kepada kerajaan. Semasa Kem Taiping mengadakan pementasan, Hassan telah menulis skrip drama tentang perjuangan perajurit menentang komunis. Skrip drama Hassan telah difilemkan oleh P.Ramlee berjudul “Sarjan Hassan”. Sarjan Hassan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Leftenan dan berpindah ke Mentakab, Pahang pada tahun 1957.

Semasa di Mentakab, Pahang, kumpulannya berjaya menggempur kumpulan ketua penggnaskomunis yang mengadakan mensyuarat di Ladang Getah Waterfall. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan. Banyak kawasan telah diisytiharkan Kawasan Putih. Hassan telah berpindah ke Kem Jalan Ipoh. Semasa bertugas di sini, Hassan telah melaporkan kisah pegawai kanan pasukan yang membuat maksiat. Pegawai berkenan dikenakan tindakan disiplin. Pada tahun 1961, Hassan gagal ujian kenaikan pangkat. Akibat kegagalan itu, perkhidmatan Hassan ditamatkan dan beliau pulang ke kampung tanpa mendapat bulana pencen.

Hassan membuat rayuan kepada Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein . beliau dipanggil untuk berkhidmatan dengan Askar Wataniah di Kem Rasah, ,Rasah, Negeri Sembilan. Pada tahun 1967, Kapten Hassan bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia. Hassan menjalankan perniagaan di Hentian Puduraya, dan meninggal dunia pada tahun 1991 di Hospital Besar Seremban.

Tema dan persoalan

Novel ini bertemakan keberanian dan semangat patriotism seorang anggota tentera semasa berkhidmat dengan pasukan tentera. Hassan menyertai pasukan tentera setelah melihat kekejaman Jepun dan komunis. Dengan semangat dan penuh keberanian beliau telah menggempur tempat perkhemahan komunis. Sepanjang perkhidmata, beliau telah membunuh 11 orang komunis. Selepas merdeka, dia telah diberhentikan kerana gagal ujian. Namun, semangat untuk menyertai pasukan tentera terus membara lalu diterima menganggotai Pasukan Askar Wataniah.

Sikap masyarakat tempatan yang tidak bersatu menentang penjajah. Semasa penjajahan Jepun, banyak kumpulan ditubuhkan untuk menentang Jepun. Namun, terdapat masyarakat Melayu yang enggan menyertai pertubuhan itu, sebaliknya bermuka-muka dengan Jepun. Hassan terpaksa berkahwin untuk mengelak diri daripada diambil oleh Jepun bagi dihantar ke sempadan Thailand - Myanmar . Selain itu, sikap membalas dendam dalam sesuatu organinasi. Keputusan Hassan diberhentikan dan tiada peluang untuk merayu dibuat oleh pegawai yang dendam terhadap Hassan. Hassan pernah mengadu tindakan pegawai itu melakukan maksiat kepada pegawai atasan. Tambahan itu, pengorbanan anggota pasukan keselamatan tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Walaupun Hassan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tetapi beliau tidak mendapat pencen bulanan. Selain daripada itu, sikap penduduk yang tidak bersatu dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Pada zaman penjajahan Jepun masyarakat Melayu, India, dan Cina di Tanah Melayu tidak bersatu padu. Hal ini memberi peluang Inggeris datang ke Tanah Melayu dan meneruskan penjajahannya

Watak dan perwatakan

Kapten Hassan : Nama penuhnya Hassan bin Haji Osman. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau anak ketiga daripada lima orang adik-beradik bagi pasangan Haji Osman dan Puan Zainab. Hassan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun. Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten. Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor. Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana sakit jantung.

Penghulu Ismail : Beliau merupakan datuk Hassan sebelah ibunya, yang telah memelihara Hassan di Mukim Pantai. Penghulu Ismail diiktiraf sebagai Pentadbiran Mukim Pantai dan sangat disenangi dan dihormati oleh orang-orang kampung. Beliau pernah ditangkap secara kasar dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga yang cuba mengambil alih kuasa. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan tanpa syarat oleh Bintang Tiga yang ketakutan setelah berlaku beberapa kejadian aneh.
Hajah Siti Amai : Beliau adalah ibu mentua Hassan, yakni ibu kepada isteri pertama Hassan, Siti Zabedah. Hajah Siti Amai agak berada orangnya, mempunyai simpanan mata wang pound British , mengusahakan kebun, serta memelihara lembu dan kerbau. Beliau akhirnya mati dibunuh dengan kejamnya oleh Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang hasil jualan lembu dan kerbau,wang simpanan , serta barang kemasnya kepada mereka.

Ah Kiew: Dia pengganas komunis yang cantikyang dikenal sebagai Ah Moi. Dia arahkan supaya berpura-pura menyerah diri di Kem Tapah, yakni kem tempat Hassan bertugas ketika itu. Tugas pertamanya ialah menggoda Hassan supaya Hassan terjebak dalam maksiat. Tujuannya supaya ilmu kebatinan yang dimiliki dan diamalkan oleh Hassan tercemar dan tidak dapat digunakan. Hal ini bagi memudahkan pihak komunis menghapuskan Hassan kelak. Walau bagaimanapun Ah Kiew pula termakan pujukan Hassan supaya kembali ke pangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuagan komunis yang sia-sia. Malah, sesudah Ah Kiew sedar dan berubah, dia telah berjaya memujuk 27 orang pengganas komunis yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak supaya menyerah. Tidak beberapa lama kemudian, Ah Kiew berkahwin dengan pemuda pilihannya dan dia telah mengundang Hassan ke majlis perkahwinannya.

Tuk Janggut: Dia Ketua Komunis di Perak yang berbangsa Melayu. Dia dikatakan memiliki ilmu kebal dan dapat menghilangkan diri sekelip mata. Kononnya, oleh sebab itulah dia amat digeruni oleh anggota tentera yang beroperasi di dalam hutan. Setelah cabar-mencabar, Tuk Janggut melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Hassan tetapi anehnya tidak berkesan kepada Hassan .Selepas itu, Hassan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Tuk Janggut pula. Tembakan Hassan tidak berkesan juga kepada Tuk Janggut yang kemudiannya menghilangkan diri sekelip mata.

Mejar : Dia pegawai kanan Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, iaitu tempat Hassan bertugas ketika menyandang pagkat Leftenan. Dia telah melanggar disiplin dan peraturan di kem yang melarang anggota tentera membawa wanita yang bukan mahram ke dalam kem. Kejadian sumbang itu dilaporkan oleh Leftenan Hassan kepada pegawai pemerintahan batalion berkenaan sehingga mejar tersebut dikenakan tindakan tata tertib. Sebagai akibatnya, dia memandang serong terhadap Hassan. Ketika mejar tersebut menjadi kompeni dan Hassan menjadi ketua platun tempur dalam kompeni berkenaan, berlaku pergeseran peribadi antara mereka. Dia tetap mengarahkan Hassan mengetuai pasukan untuk gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat yang terhempas di kawasan Bukit Tinggi ,Pahang, meskipun mengetahui bahawa Hassan akan menduduki ujian kenaikan pangkat tak lama lagi. Dia jugalah bertanggungjawab menolak rayuan Hassan untuk terus berkhidmat dalam angkatan tentera apabila perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa mengambil kira sumbangan cemerlang Hassan kepada bangsa dan Negara.

Plot

Plot novel ini dijalin menurut kronologi.

Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar dan belajar di Sekolah Pondok Kampunag Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.

Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.

Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.

Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku konfrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konfrontasi tamat pada bulan Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September 1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktif dalam politik. Pada 30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.

Gaya bahasa

Bahasa Jepun : kabotai, aiho dan oabang
Bahasa Inggeris : Force 136, Home Guard, stengun, retraining, Quarter Master, Browning dan Military Medal
Bahasa Arab : roh,Allahyarham, rahmat, arwah dan Magribi
Simplan bahasa : kawasan putih, iri hati, dan air muka
Personafikasi : bayang maut datang menerjah dari segenap penjuru
Simile :ibarat gugurnya kuntum-kuntum melati yang mengharumkan nama nusa dan bangsa dan pucat bagaikan mayat.
Metafora : debu derita dan Hujan tembakan

Nilai dan pengajaran

Kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan seorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut.

Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan menternak, disamping menyimpan wang pound. Kita haruslah mematuhi perintah agama. Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi. Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah haruslah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.

Latar tempat
Ada banyak tempat yang penting dan kurang penting yang menjadi latar tempat dalam novel ini. Antara latar tempat yang penting dalam novel ini termasuklah seperti berikut:

Mukim Pantai. Di sinilah Hassan dibesarkan oleh datuknya, Penghulu Ismail dan dikahwinkan dengan isteri pertamanya. Di sinilah peristiwa kejam yang menyayat hati, yakni pembunuhan isteri Hassan, ibu mertuanya, nenek mertuanya, dan anak buah isterinya berlaku. Di sinilah juga, datuk Hassan ditangkap dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga. Kesan daripada peristiwa yang berlaku itu, semangat juang Hassan untuk menuntut keadilan dan menentang komunis membenih dan membara.

Kem Tapah. Di sinilah Hassan cuba digoda oleh Ah Moi, pengganas komunis wanita yang berpura-pura menyerah diri. Sebaliknya, Ah Moi pula tewas oleh pujukan Hassan sehingga 27 rakan seperjuangan Ah Moi yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak turut menyerah diri kepada pasukan keselamatan.

Ladang Getah Waterfall. Di sinilah Hassan mengetuai pasukannya yang menyiasat dan mengagalkan percubaan komunis untuk menghalang sambutan kemerdekaan Tanah Melayu.
Kem Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Di sinilah berlakunya pergeseran peribadi antara Leftenan Hassan dengan ketua kompeninya yang berpangkat mejar. Di sinilah perkhidmatan Hassan dalam angkatan tentera ditamatkan setelah dia gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Rayuan Hassan supaya perkhidmatannya disambung semula ditolak oleh mejar berkenaan tanpa mengambil kira perkhidmatan cemerlang Hassan sepanjang kerjayanya.

Hospital Besar Ipoh. Di sinilah tempat Hassan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebagai akibat serangan sakit jantung dan kemudian menghembus nafasnya yang terakhir. Usianya ketika itu 64 tahun.

Latar masa
Latar masa novel ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Larat masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikut :

Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agmanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.
Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.

Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Latar masyarakat
Latar masyarakat pada dalam novel ini pada umumnya terbahagi kepada yang berikut:

Orang-orang kampung. Yakni kebanyakannya orang Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman, terutamanya pada peringkat awal dalam novel ini. Orang-orang kampung ini kebanyakannya bertani dan hidup dalam keadaan setba sukar, baik semasa Jepun mahupun semasa Bintang Tiga bermaharajalela. Sikap pasif dan sabar orang-orang kampung terhadap kekejaman Bintang Tiga berubah dengan penahanan dan penanglapan Penghulu Ismail. Mereka berpegang teguh kepada ajaran agama juga.

Anggota pasukan keselamatan. Yakni pasukan tentera yang berkhidmat di bawah panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah, di samping pasukan Pasukan Polis Hutan. Mereka ini kebanyakan terdiri daripada bangsa Melayu yang menjawat pelbagai pangkat tinggi dan rendah, kecuali pada zaman Inggeris yang kebanyakkannya pegawai tiingginya terdiri daripada bangsa Inggeris. Kesemua anggota pasukan keselamatan ini berjuang dengan penuh semangat dan berdedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara, khususnya daripada ancaman dalam negeri, yakni pengganas komunis dan ancaman negeri, misalnya sewaktu zaman konfrontasi.

Kumpulan pengganas komunis. Yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tetapi turut disertai bangsa Melayu. Mereka pada asalnya mengangkat senjata untuk menentang pendudukan Jepun telah turut menentang Inggeris dan kerajaan yang dipilih rakyat.Mereka bersikap kejam dengan sewenang-wenang terhadap rakyat dan sennatiasa manggugat keamanan Negara. Namun demikian, perjuangan sia- sia mereka dari dalam hutan berakhir juga dengan persetujuan mereka untuk meletakkan senjata.

Dipetik daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapten_Hassan_Wira_Bangsa"

Selasa, 23 Jun 2009

Latihan Bahasa Melayu Tingkatan 2

Bahagian A :
Pemahaman (15%)

Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Pantun Perpisahan

Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi;
Hari mana bulan yang mana,
Dapat kita bertemu lagi.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.

Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga.

Orang Acheh sedang sembahyang,
Hari Jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandai menjaga diri.

Mana Manggung mana Periaman,
Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
Tinggal tepian tempat mandi.

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

(Dipetik daripada Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2)


1. Mengapakah pengarang mengatakan bercerai kasih bertalak tidak, seribu tahun kembali juga?
A. tidak akan meninggalkan kecuali diminta atau ditinggalkan.
B. suatu masa nanti, akan berjumpa juga kalau ada jodoh.
C. walaupun lama berpisah, akan bertemu juga.
D. kalau izinkan akan bertemu juga.

2. Nilai yang terdapat dalam rangkap keempat kumpulan pantun ini ialah ___________.
A. keberanian.
B. kesyukuran
C. baik hati.
D. kesetiaan

3. "Hari ini kita berkampung".
Apakah gaya bahasa frasa ini?
A. inversi
B. asonansi
C. metafora
D. aliterasi

4. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap kelima pantun ini ialah______________.
A. kita mestilah setia pada janji.
B. kita mestilah meninggalkan orang yang disayangi untuk mencari rezeki.
C. kita mestilah pandai menjaga diri apabila merantau ke tempat orang.
D. kita mestilah merantau untuk kebaikan diri kita dan keluarga.

5. Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap pertama, keenam dan ketujuh
ialah___________.
A. metafora
B. simile.
C. anafora
D. peribahasa

Baca sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sajak “ Mata Ayah”

Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang disisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

6. Mengapakan bapa penyajak menjemputnya pulang?
A. kerana bapa terlalu rindu akan penyajak.
B. kerana bapa menghidap penyakit yang serius.
C. kerana bapa ingin meminta penyajak untuk membantunya di sawah.
D. kerana bapa mahu penyajak menikmati beras yang baru dituai.

7. Apakah perasaan bapa penyajak ketika menyambut kepulangan penyajak?
A. gembira.
B. terharu
C. bersedih
D. biasa-biasa saja.

8. Frasa bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang merupakan gaya
bahasa__________________.
A. metafora
B. simile
C. personifikasi.
D. peribahasa

9. Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang bentuk sajak Mata Ayah?
A. bentuknya bebas.
B. setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
C. rima akhirnya tidak terikat dengan rima akhir puisi tradisional.
D. dua baris pertama setiap rangkap ialah pembayang maksud.

10. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini, kecuali____
A. kita perlulah mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga sendiri.
B. ibu bapa mestilah meminta pertolongan daripada anak-anak dalam semua
perkara.
C. kita mestilah mengenang jasa dan pengorbanan kedua-dua orang tua.
D. kita digalakkan supaya menyembunyikan penderitaan yang ditanggung
daripada pengetahuan orang lain.


Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian , jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Pesanan ibu

Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan yang mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.

11. Yang berikut merupakan pesanan ibu kepada anaknya, kecuali _________
A. sentiasa tabah apabila berhadapan dengan masalah.
B. sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
C. sentiasa berdoa agar dapat hidup lebih lama.
D. sentiasa menggunakan masa dengan baik.

12. Mengapakah golongan remaja dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku?
A. agar sentiasa dipandang tinggi oleh rakan-rakan.
B. agar dianggap sebagai permata yang amat berharga.
C. agar tidak tersalah langkah sehingga terjerumus dalam perkara yang tidak baik.
D. agar tidak berdepan dengan masalah seperti orang dewasa.

13. Bagaimanakah cara untuk menangani sebarang masalah?
A. bergaul dengan orang yang peramah.
B. menghadapinya dengan hati yang tabah.
C. mengingati kembali peristiwa yang lalu.
D. mengasingkan diri daripada orang lain.

14. Yang berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dijauhi oleh para remaja dalam
syair di atas, kecuali
A. membuang masa
B. menjual negara.
C. mengkhianati rakan.
D. menagih dadah.

15. Apakah amanat nenek moyang yang harus dipertahankan?
A. sentiasa merantau ke negara orang
B. sentiasa mencari harta kekayaan.
C. mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
D. melupakan pesanan orang tua.

Bahagian B : Tatabahasa

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas (15%)
Baca petikan di bawah dan kemudian senaraikan kata nama am dan kata nama khas pada kertas jawapan anda.

Ramai orang kagum dengan perkembangan pesat Kota Kinabalu yang dahulunya terkenal dengan nama Jesselton iaitu sebuah bandar yang turut musnah dalam Perang Dunia Kedua. Kini, bandar yang berusia 36 tahun dan menjadi ibu negeri Sabah itu adalah salah sebuah bandar yang terbesar dan termakmur di Malaysia. Sama ada anda pergi ke Kota Kinabalu kerana bertugas atau melancong, anda pasti dapat melihat semua kawasan dalam satu hari. Sebaliknya, jika anda ingin menikmati kehidupan sebenar bandar ini, anda perlu mengorbankan lebih banyak masa untuk mengkajinya. Untuk menikmati keindahan bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat dari Bukit Isyarat. Dari bukit itu, anda bukan sahaja dapat melihat bandarnya tetapi juga kawasan pelabuhannya termasuk beberapa buah pulau lain seperti Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Manukan.


Kata Ganti nama diri (10%)

1. “Usahlah ________ berlengah-lengah lagi kerana kita sudah kesuntukan masa,”
nasihat urus setia kepada peserta ekspedisi itu.
A. kalian C. kami
B. engkau D. mereka

2. Doktor mengesahkan bahawa ___________ keracunan makanan.
A. patik C. dia
B. ia D. -nya.

3. “_________akan usahakan agar dapat dicari dukun yang boleh mengubati tuanku
permaisuri” kata Bendahari kepada Sultan.
A. Patik C. Tuanku
B. Hamba D. Beta

4. “Saya hendak ________ batalkan temu janji saya dengan Datuk Amir,”
kata Datuk Faudzi kepada setiausahanya.
A. engkau C. beliau
B. awak D. tuan

5. Pesanan ibu sentiasa ________ingat.
A. mu- C. nya-
B. ku- D. kau-

6. “_________ suka mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah pada waktu
petang,” kata Dollah.
A. Mereka C. Dia
B. Kalian D. Saya

7. “Sesungguhnya ______ amat berbangga dengan kemajuan dan kemakmuran negeri ini,”
titah Sultan Iskandar.
A. patik C. beta
B. hamba D. saya

8. Menteri Pendidikan akan tiba pada pukul tiga petang. ________ akan merasmikan
pembukaan dewan ini.
A. Patik C. Beliau
B. Hamba D. Kalian


9. “________ akan menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai tempoh hari secepat
mungkin,” kata buruh-buruh itu.
A. Kita C. Mereka
B. Kami D. Dia

10. “ ________ akan pergi ke Pulau Pinang minggu depan,” kata Azman kepada anak-
anaknya.
A. Awak C. Kita
B. Baginda D. Beliau

Kata Ganti Nama Tanya (10%)
Isi tempat kosong dengan kata ganti tanya yang sesuai.

1. “__________ agaknya ekspedisi kita akan sampai ke kemuncak gunung?” tanya
Desmond.

2. Di _________ letaknya Gunung Kinabalu?

3. Tingginya bangunan itu _________?

4. _______ suratkhabar itu dikatakan sebagai alat sebaran yang penting?

5. ___________ boleh terjadi kebakaran itu?

Kata Ganti Nama Tak Tentu (6%)

1. “Antara kami tiada ___________ yang perlu diragui, hanya sekadar kawan biasa,”
terang Encik Zulkaria kepada isterinya.
A. siapa-siapa C. apa-apa
B. bila-bila D. mana-mana

2. Kemudahan-kemudahan awam yang disediakan di negara ini boleh digunakan
oleh________ sahaja.
A. bila-bila C. apa-apa
B. sesiapa D. mana-mana

3. Suhaila kegelisahan kerana ________ masa sahaja kesalahannya akan terbongkar.
A. bila-bila C. siapa-siapa
B. apa-apa D. mana-mana

4. “ Sila pilih ________ saja kuih yang awak mahu,” kata Kasim kepada Rosli.
A. mana-mana C. sesiapa
B. siapa-siapa D. bila-bila

5. Bolehkah beg itu diletakkan di ________ sahaja dalam bilik itu?
A. mana-mana C. siapa-siapa
B. bila-bila D. apa-apa

6. Tidak ada ___________ di dalam dewan itu.
A. mana-mana C. siapa-siapa
B. bila-bila D. apa-apa

Simpulan Bahasa (10%)
Lengkapkan ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.

bawa alamat bidan terjun
singkat akal tangkap muat
perang dingin lapang dada
baik sangka mati kutu
langkah bendul tangkai jering
berbalik hati salah adat
membanting tulang tumbuk rusuk
batu loncatan jantung hati


1. Sikap Zaidun yang suka ___________ untuk mendapatkan sesuatu tender menyebabkan
dia ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah.

2. Perasaan _________ perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk mengekalkan
keamanan dan kedamaian negara.

3. Mei Lan seorang yang _________ kerana dia tidak pernah membelanja kami minum
walaupun sekali.

4.Nathan membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya dengan sekadar ________
sahaja menyebabkan semua jawapan yang diberikannya salah.

5. Kok Keong berasa _________ apabila melihat ibunya yang sedang menderita kerana
sakit.

6.Sarimah telah ___________ untuk berlancong ke Eropah kerana deman.

7.Emak yakin bahawa _________ antara Pak Wan dan Pak Wahad tidak akan berlarutan
kerana mereka berdua ialah adik-beradik.

8. Keputusan hakim itu diterimanya dengan ____________.

9.Ayah terpaksa _________ untuk menyara perbelanjaan kehidupan sekeluarga.

10.Farid menjadikan majikannya sebagai ___________ untuk mendapat projek itu.

Kata kerja (10%)
Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih kata kerja yang paling sesuai.

1.Semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha untuk ________ masalah penagihan.
A. menegah C. menolak
B. mengetepikan D. mencegah

2.Para pelajar diminta ________ dalam kumpulan untuk menyenaraikan isi-isi penting
karangan.
A. bertanya C. berbincang
B. bercakap D. berbual

3.Chef Wan _______ cara-cara membuat kek berlapis kepada peserta kursus masakan.
A. mempamerkan C. menayangkan
B. melihatkan D. menunjukkan

4.Pegawai daerah itu __________ pelbagai pertanyaan daripada orang ramai tentang
subsidi yang telah dijanjikan.
A. dilontari C. dihampiri
B. dihujani D. dicurahi

5.Pihak Kastam berjaya _______ kegiatan penyeludupan di perairan Selat Melaka.
A. menundukkan C. menumpaskan
B. menghapuskan D. menumbangkan

6.Pawang Ali mahir ________ pesakit mental walaupun tanpa kelulusan kedoktoran.
A. memulih C. membaiki
B. merawat D. membetulkan

7.Pustakawan itu ________ buku yang tidak mahu kami pinjam itu di atas rak semula.
A. menyusunkan C. menghimpunkan
B. menegakkan D. meletakkan

8._________ nya menjadi kabur semenjak dia menghidap penyakit kencing manis.
A. Pengamatan C. Pemerhatian
B. Penglihatan D. Pengecaman

9.Azizah mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang telah datang _______
majlis perkahwinan anaknya.
A. meriuhkan C. menggamatkan
B. membanyakkan D. memeriahkan

10.Datuk ketawa ________ apabila disindir kerana berjalan berpasangan dengan nenek.
A. teresak-esak C. terpinga-pinga
B. terjerit-jerit D. terbahak-bahak

Kata kerja (24%)
Nyatakan kata kerja kemudian tentukan kata kerja itu sama ada kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT).

1.Halimah berlari dalam hujan untuk mengangkat pakaian di ampaian.

2.Baginda bersama-sama dengan permaisuri merasmikan pesta budaya di tepi pantai.

3.Sejak kecil ibu bapa mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada
masyarakat.

4.Setiap malam ibu minum air suam sebelum tidur.

5.Pak Hisham memotong rumput dengan mesin ciptaannya sendiri.

6.Setiap petang, dia berdiri di situ menunggu anaknya pulang.

Dipetik dari Koleksi Soalan Bahasa Melayu SEKOLAH MENENGAH TSUN JIN, KUALA LUMPUR

Peperiksaan Pertengahan Semester I, 2006