Rabu, 5 Ogos 2009

Kemana hilangnya sifat manusia?????

Mayat bayi disangka itik
Oleh Shahrul Nizam Mohamadam@hmetro.com.my


KUANTAN: Seorang ibu tunggal terkejut kerana tidak menyangka ‘bangkai itik’ tersangkut di celah akar pokok bakau yang dimakan biawak di tepi Sungai Kuantan berhampiran Peramu di sini, semalam, sebenarnya mayat bayi yang dihanyutkan arus.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mastura Mamat, 34, dari Kampung Panching di sini, menemui mayat bayi itu ketika menikmati hidangan di tepi jeti milik kilang memproses makanan laut di kawasan itu.Lebih menyayat hati, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui hanya tinggal kepala dan sebelah tangan, manakala anggota badan lain hilang dipercayai dimakan haiwan liar.Menceritakan semula penemuan itu, Mastura berkata, dia menyedari kehadiran objek itu sejak kelmarin selepas melihat sekumpulan biawak mengerumuni sesuatu, tetapi tidak menghiraukannya.

“Ketika itu, saya melihat sekumpulan biawak memakan ‘bangkai’ itu yang terkeluar daripada balutan plastik hitam sejak jam 5 petang semalam (kelmarin), tapi tidak terlintas untuk memeriksanya sebelum mendapati ia masih berada di kawasan sama, pagi tadi (semalam).

“Beberapa rakan yang berada di jeti melihat objek itu secara dekat sebelum memberitahu ia mayat bayi yang tinggal kepala dan tangan,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, dia memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang sebelum memberitahu Ketua Kampung Peramu, Baharuddin Sulong yang kemudian menghubungi polis, kira-kira jam 12 tengah hari.Katanya, berikutan penemuan mayat berkenaan, dia trauma dan kesal dengan individu tidak bertanggungjawab tergamak melakukan perbuatan kejam itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.Menurutnya, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti jantina bayi itu termasuk mengetahui tempoh dilahirkan sebelum dibuang ke sungai berkenaan.Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.

dipetik daripada http://www.hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan