Selasa, 3 November 2009
Lamanya.................
Rabu, 16 September 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saat yang paling gembira bila dapat pakai baju baru...maklumlah pada waktu dulu nak tukar baju pun susah...jadi masa raya je baru dapat pakai baju baru....kasut baru...Bersalaman di pagi hari adalah adat yang masih dikekalkan sehingga kini...saling bermaaf-maafan......terasa sangat kehilangan orang yang tersayang, datuk, nenek, tok dan tokwan......rindu sangat.....al-fatihah buat mereka.......
Akhir kata selamat menyambut aidilfitri buat semua umat islam di seluruh malaysia........terutama buat pelajar smksb, guru-guru smksb, bekas pelajar sek ren keb bandar jerantut upsr 1993, bekas pelajar sek men keb ibrahim sg petani kedah spm 98, lower 6 99, pelajar fomt diploma 99 - 2003 (uitm shah alam) dan degree 2003 - 2005 (uitm shah alam), dan kawan-kawan serumah blok 51, flat sekyen 7, shah alam..................keberkatan syawal.......tanda kemenangan...............
Isnin, 7 September 2009
KATA ADJEKTIF
•Ialah perkataan yang menunjukkan sifat atau penerang kepada perkataan yang mendahuluinya.
•Boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti sangat, sungguh, sekali dan sebagainya.
•Terbahagi kepada beberapa bahagian:
- KATA ADJEKTIF SIFAT
¨Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama/frasa nama.
¨CERDIK, KUAT, TAKUT, CANTIK, KERAS, LEMBUT, SIHAT, SAKIT, LEMAH, CERGAS, GARANG, UZUR, PINTAR, BERANI
CONTOH AYAT:
1.Senaman boleh menjadikan seseorang itu cergas.
2.Hakim itu sungguh adil.
- KATA ADJEKTIF WARNA
¨Menunjukkan warna sebagai unsur keterangan sesuatu kata nama.
¨PUTIH, BIRU, COKLAT, KELABU, JINGGA, MERAH, UNGU, HITAM, HIJAU, KUNING, MERAH JAMBU,
CONTOH AYAT
- Baju hijau itu kepunyaan kakak.
- Rambutnya hitam berkilat.
- KATA ADJEKTIF BENTUK
¨Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata nama.
¨PANJANG, SEGI EMPAT, SEGI TIGA, BUJUR, LEPER, PIPIH, LURUS, BENGKOK, LONJONG, BULAT, BUNCIT, BUNDAR,
CONTOH AYAT
- Pinggan bujur itu telah retak.
- Kotak hadiah itu berbentuk bulat.
- KATA ADJEKTIF UKURAN
¨Menunjukkan ukuran sebagai unsur keterangan kata nama.
¨KATIK, TINGGI, PANJANG, PENDEK, NIPIS, TEBAL, KERDIL, KECIL, BESAR, RENDAH, SEMPIT,
CONTOH AYAT
- Menara yang dibina itu amat tinggi.
- Walaupun Azman rendah, tetapi dia lincah bermain bola sepak.
- KATA ADJEKTF WAKTU
Menunjukkan maksud masa sebagai unsur keterangan.
¨BAHARU, LAMA, SEGERA, LEWAT, SUNTUK, SEBENTAR, SEMENTARA, SEKETIKA, BARU, CEPAT, LAMBAT, SILAM
CONTOH AYAT
- Usahlah dikenangkan lagi peristiwa silam.
- Sehari suntuk dia mengecat rumahnya.
- KATA ADJEKTIF JARAK
¨Menunjukkan maksud jarak atau penerang kepada kata nama.
¨JAUH, DEKAT, HAMPIR, RAPAT, JARANG, PERTENGAHAN, NYARIS
CONTOH AYAT
- Rumahnya jauh di kawasan pendalaman.
- Mereka duduk dekat dengan tingkap.
- KATA ADJEKTIF CARA
¨Menunjukkan keadaan atau ragam sebagai unsur penerang kata nama.
¨CEPAT, DERAS, LAMBAT, LONGLAI, PANTAS, LINCAH, GOPOH, KASAR, PERLAHAN, HEBAT, SERING
CONTOH AYAT
- Pemain bola baling itu sungguh lincah.
- Air sungai itu mengalir deras.
- KATA ADJEKTIF PERASAAN
¨Menunjukkan maksud perasaan sebagai unsur keterangan kata nama.
¨RINDU, SAYANG, BENCI, MARAH, MALU, SEDIH, PILU, GEMBIRA, KECEWA,
CONTOH AYAT
- Azie rindu akan ibunya di kampung.
- Kamal malu hendak menegur gadis yang diminatinya itu.
- KATA ADJEKTIF PACAINDERA
¨Menunjukkan maksud sifat, keadaan atau rasa yang dapat dikesan oleh pacaindera.
¨LAZAT, MERDU, MASAM, TAWAR, NYARING, PAYAU, KESAT, MOLEK, KELAT, BISING, PAHIT, SEDAP, MANIS, BUSUK, HANGIT, WANGI, HAMIS, LICIN, KESAT, PANAS, SEJUK
CONTOH AYAT
- Suara hamidah sungguh merdu.
- Bau minyak wangi itu sungguh harum.
KESALAHAN UMUM
Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan ter- sebagai predikat ayat. kata adjektif yang berimbuhan ter-boleh berfungsi sebagai penerang tetapi tidak boleh berfungsi sebagai predikat ayat.
contoh
- Rumah itu tercantik. (salah)
- Rumah itu paling cantik. (betul)
- Meja makan itu terpanjang. (salah)
- Meja makan itu sangat panjang. (betul)
Kesalahan yang kedua apabila menambahkan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter-.Imbuhan ter-telah sedia menyatakan maksud darjah penghabisan. Oleh itu, kata penguat tidak diperlukan untuk menguatkan maksud kata adjektif tersebut.
contoh
- Pelajar yang terpandai sekali itu ialah anak seorang guru sekolah. (salah)
- Pelajar yang terpandai itu ialah anak seorang guru sekolah. (betul)
- Gunung yang paling tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. (salah)
- Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. (betul)
Kesalahan yang ketiga, tidak meletakkan kata sendi nama selepas frasa adjektif apabila diperluas.
contoh
- Nasir amat rindu neneknya di kampung. (salah)
- Nasir amat rindu akan neneknya di kampung. (betul)
- Maria sangat sayang anak patungnya itu. (salah)
- Maria sangat sayang akan anak patungnya itu. (betul)
Rabu, 2 September 2009
DIET SEMASA RAMADHAN
Diet yang dimaksudkan seharusnya diet yang sama seperti kita menjaga berat badan normal - berat badan tidak turun dan tidak juga naik.
Bagaimanapun, sekiranya seseorang mempunyai berat badan berlebihan, Ramadan merupakan masa yang ideal untuk mengembalikan semula berat badan normal.
Mengambil kira tempoh menahan diri daripada makan dan minum yang agak panjang iaitu kira-kira 14 jam mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari, adalah disarankan anda mengambil makanan yang lambat dihadamkan yang mengandungi fiber atau serat berbanding makanan yang mudah dicernakan.
Makanan yang lambat dihadam boleh bertahan sehingga lapan jam lamanya manakala makanan yang mudah dicernakan yang bertahan kira-kira tiga ke empat jam sahaja.
* Makanan yang lambat dihadam adalah makanan yang mengandungi bijirin dan biji-bijian seperti barli, gandum, oat, milet, suji, kekacang, lentil (dari keluarga pokok kekacang legum), tepung mil penuh, beras kampung dan lain-lain (dipanggil karbohidrat kompleks)
* Makanan yang cepat dibakar dan mudah cerna merupakan makanan yang mengandungi gula, tepung gandum dan lain-lain (dipanggil karbohidrat ditapis)
* Makanan berserat pula adalah makanan yang mengandungi bran (kulit biji-bijian yang dikisar dan diayak daripada tepung), gandum penuh, bijirin dan biji-bijian, sayur-sayuran seperti kekacang hijau, kacang pis, lada paprika, sayur labu air, tepung kasar atau bertepung, bayam dan lain-lain herba seperti daun ubi pokok bit yang kaya dengan zat besi, buah-buahan bersama kulit, buah kering terutamanya aprikot, buah ara, prun, badam dan lain-lain.
Makanan yang diambil hendaklah seimbang, mengandungi makanan daripada setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin/biji-bijian seperti beras, jagung, gandum dan lain-lain serta produk tenusu.
Makanan kering adalah tidak sihat dan perlu dihadkan kerana ia boleh menyebabkan sakit perut kerana makanan tidak hadam, pedih hulu hati dan masalah berat badan.
Pemakanan di bulan Ramadan
Berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. serta penyelidikan meluas yang telah dilakukan, berikut adalah pelan pemakanan yang disarankan:
Roti/bijirin/nasi, pasta, kumpulan biskut dan biskut kering: 6 hingga 11 hidangan sehari
Daging/kekacang/kumpulan buah kekeras: 2 hingga 3 hidangan sehari
Susu dan kumpulan produk tenusu: 2 hingga 3 hidangan sehari
Kumpulan sayur-sayuran: 3 hingga 5 hidangan sehari
Kumpulan buah-buahan: 2 hingga 4 hidangan sehari
Gula tambah seperti gula kasar, sukrosa: secara berpatutan
Lemak tambah, minyak politaktepu: 4 hingga 7 sudu besar
Berbuka
Tiga biji tamar, satu hidangan jus (4 auns) dan semangkuk sup sayur-sayuran bersama sedikit pasta atau biskut
Semasa berbuka, badan memerlukan sumber tenaga yang tersedia dengan mudah dalam bentuk glukosa bagi setiap sel hidup khususnya otak dan sel-sel saraf, pada kadar segera.
Kurma dan jus merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan gula. Dalam kuantiti seperti di atas, kurma dan jus adalah memadai untuk mengembalikan semula glukosa darah rendah ke tahapnya yang asal.
Jus dan sup membantu mengekalkan keseimbangan cecair dan mineral di dalam badan.
Diet yang tidak seimbang dan terlalu banyak hidangan manis yang ditambah dengan gula bukanlah sesuatu yang sihat untuk kesihatan anda.
Makan malam
Ambil makanan daripada kesemua kumpulan makanan di bawah:
Daging/kumpulan kekacang: Daging dan kekacang merupakan sumber yang baik untuk protein, mineral dan vitamin tertentu. Kekacang juga menjadi sumber serabut diet yang baik.
Roti/kumpulan bijirin: Kumpulan ini menyediakan sumber karbohidrat kompleks yang baik yang menjadi sumber tenaga yang baik dan menyediakan sedikit protein, mineral dan serabut diet.
Kumpulan susu: Bagi mereka yang tidak gemarkan susu boleh mencuba produk- produk yang melalui proses penapaian seperti susu mentega (cecair yang tinggal sesudah susu jadi mentega) dan yogurt.Susu dan produk tenusu merupakan sumber protein dan kalsium yang penting untuk penyenggaraan tisu-tisu badan serta beberapa fungsi fisiologi.
Kumpulan sayur-sayuran: Sayur-sayuran adalah sumber yang baik bagi serabut diet, vitamin A, karotena dan lain-lain bahan kimia yang berasal dari tumbuh- tumbuhan yang antioksidan.Ini sangat membantu dalam mencegah kanser, penyakit-penyakit kardiovaskular (jantung) dan banyak masalah kesihatan lain.
Kumpulan buah-buahan: Makan 1 hingga 2 hidangan sitrus dan/atau buah-buahan lain.Makan buah-buahan sebagai makanan yang terakhir selepas makan malam bagi membantu pencernaan dan menghindari gangguan-gangguan gastrousus.Buah-buahan sitrus jenis limau menyediakan anda dengan vitamin C. Buah- buahan satu lagi sumber serabut diet yang bagus.Buah-buahan dan buah kekeras campuran boleh dimakan sebagai snek selepas makan malam atau solat tarawih ataupun sebelum tidur.
Sahur
Makanlah sahur yang ringan sahaja. Makan gandum penuh atau bijirin oat atau roti gandum penuh sebanyak satu ke dua hidangan bersama secawan susu. Satu hidangan bersamaan dengan satu auns.
Tambahkan dua hingga tiga camca teh minyak zaitun atau lain-lain lemak monotaktepu atau politaktepu di dalam salad atau bijirin.Makan satu hingga dua hidangan buah sebagai makanan terakhir.
Cadangan tambahan
Jangan lupa untuk memberus gigi. Beruslah gigi anda sebelum tidur dan selepas bersahur. Berus lebih dua kali atau berapa kali yang anda suka asalkan praktikal.
Individu yang mempunyai berat badan normal mahu pun berlebihan tidak sepatutnya menambah berat badan mereka.Bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan, Ramadan memberikan peluang yang baik untuk menurunkan berat badan.
Sementara itu, bagi yang kurus atau mempunyai berat badan yang kurang mahupun mereka yang berat badannya normal, tidak digalakkan mengalami penurunan berat badan sepanjang bulan ini.
Menganalisis komponen pemakanan dan tenaga diet menggunakan jadual komposisi makanan atau perisian komputer adalah sangat berguna dalam merancang diet yang bersesuaian.Adalah disarankan agar setiap orang melakukan senaman fizikal ringan seperti regangan dan berjalan.
Penting untuk mengikuti amalan pengurusan masa yang baik untuk beribadat, tidur, bekerja dan melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Ringkasnya, pengambilan diet yang seimbang adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik, gaya hidup aktif dan memperoleh manfaat sepenuhnya dari keberkatan Ramadan.
Elakkan
* Makanan kering dan berlemak
* Makanan berempah
* Pengambilan makanan yang terlalu manis dan tinggi kandungan gula baik gula kasar mahupun sukrosa seperti yang terdapat di dalam gula tebu dan gula bit
* Makan secara berlebihan terutamanya pada waktu sahur* Terlalu banyak minum teh semasa bersahur. Teh boleh menyebabkan anda membuang air besar dengan lebih kerap sekali gus menyingkirkan garam mineral berharga yang diperlukan oleh badan pada siang hari
* Minuman berkafeina seperti kola, kopi dan teh. Kafeina boleh meninggalkan kesan diuretik (kerap membuang air kecil).Kurangkan pengambilan minuman tersebut secara beransur-ansur dalam tempoh dua, tiga hari sebelum puasa bermula.Pengurangan kafeina secara mengejut boleh mencetuskan sakit kepala, perubahan mood dan menyebabkan seseorang menjadi lekas marah dan meradang.
* Merokok. Merokok merisikokan kesihatan. Jika anda tidak boleh berhenti merokok, alternatifnya anda mungkin boleh mengurangkannya secara beransuransur beberapa minggu menjelang Ramadan.Merokok memberikan kesan negatif terhadap penggunaan pelbagai jenis vitamin, metabolit dan sistem-sistem enzim di dalam tubuh badan.Lagipun, merokok memudaratkan kesihatan dan anda sepatutnya berhenti terus daripada tabiat buruk itu.
Makan
* Karbohidrat kompleks semasa sahur. Dengan cara itu, makanan boleh bertahan lebih lama dan anda pun kurang berasa lapar
* Haleem iaitu sajian India dan Pakistan menyerupai sup yang diperbuat daripada gandum, daging, lentil dan rempah-ratus merupakan sumber protein yang sangat baik dan lambat dibakar
* Makan sayur-sayuran yang memadai semasa menjamah hidangan. Akhiri hidangan dengan memakan buah-buahan.
* Buah kurma merupakan sumber gula, serta, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik
* Badam kaya dengan protein dan serat serta, kurang lemak.
* Pisang adalah sumber yang baik bagi kalium, magnesium dan karbohidrat.
Minum
* Minum sebanyak mungkin air atau jus buah-buahan di antara berbuka dengan waktu tidur bagi membolehkan tubuh anda menyesuaikan diri dengan tahap cecair.Ia juga bagi mengelakkan insiden dehidrasi iaitu kekurangan air di dalam badan.
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
Jumaat, 28 Ogos 2009
INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) (SAKIT MENYERUPAI SELESAM - DEMAM, BATUK DAN SAKIT TEKAK)
gejala-gejala Influenza Like Illness.
Semasa di rumah, pesakit perlu duduk berasingan daripada semua anggota keluarga terutama sekiranya ahli keluarga mempunyai risiko dan masalah perubatan berikut:
- Umur melebihi 65 tahun dan kurang dari 5 tahun.
- Wanita mengandung.
- Kegemukan / Obesiti.
- Pesakit paru-paru kronik, asma, diabetes, kegagalan buah pinggang, HIV/ AIDS, kanser dan lemah jantung.
Mengamalkan etika batu dan kebersihan diri seperti:
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala dan sapu tangan apabila batuk dan bersin.
- Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
- Basuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin dan juga selepas menyentuh hidung, mulut dan mata.
- Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
- Permukaan lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan.
Pesakit disaran menggunakan penutup hidung dan mulut terutamanya apabila berhubung dengan orang lain.
Pesakit disarankan agar mengurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara-mara.
PENILAIAN SENDIRI DI RUMAH (HOME ASSESSMENT TOOL)
Pesakit dan ahli keluarga perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat tanda atau gejala berikut:
- Kesukaran bernafas seperti sesak nafas, pernafasan yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir.
- Batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak.
- Sakit dada yang berterusan.
- Cirit-birit atau muntah yang berterusan.
- Demam berterusan melebihi 3 hari.
- Kelakuan ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan
- Berasa pening ketika berdiri.
- Kurang buang air.
RUJUKAN : JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
INFLUENZA A H1N1
- Apakah itu penyakit Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit ayng disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
- Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
- Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
- Apakah nasihat kepada orang yang dijangkit virus ini?
- SEGERA dapatkan rawatan doktor.
- Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
- Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
- Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
- Jangan gunakan pengankutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.
- Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
- Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
- Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
- Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
- Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu di ambil.
- Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
- Apakah rawatan bagi Influenza A H1N1?
Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi perlindungan sepertimana vaksin.
- Apakah perbezaan antara "kes berkemungkinan dijangkiti"dan "kes disahkan"?
Kes yang "berkemungkinan dijangkiti" mempunyai gejala-gejala selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu dan sama ada positif kepada ujian Influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang "berkemungkinan dijangkiti" atau kes yang telah disahkan.
Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian makmal.
Selasa, 25 Ogos 2009
Latihan Bahasa Melayu
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
- Fuad menangis sambil menahan kesakitan apabila kakinya _______________ serpihan kaca.
- Cikgu Azlina disayangi oleh murid-muridnya kerana beliau _____________ dengan senyumannya.
- Ramalan tentang gempa bumi yang akan berlaku di kawasan kampng itu menyebabkan para penduduk _________________ ke kawasan yang selamat.
- Perahu nelayan itu terumbang-ambing apabila dipukul oleh ombak yang ________________.
- Para pelumba lari itu sedang berusaha _________ antara satu sama lain untuk memenangi perlumbaan itu.
- Mulut bomoh itu _______________ membaca jampi serampah semasa mengubati pesakitnya.
- " Sekarang tahulah dia bahawa batu itu tidak ___________ olehnya!" kata Hisham kepada Zainal.
- Angin yang bertiup dengan ______________itu telah menyebabkan sebatang pokok kelapa tumbang.
- Sejak_____________ hari ini polis trafik memantau kesesakan lalu lintas dari udara.
- Dua ___________________ jalna di kawasan lereng bukit itu telah ditutup kerana tanah runtuh.
- Perasaannya ______________ apabila melihat rumah banglonya musnah dalam kebakaran.
- Dalam keadaan genting itu, Encik Azlan ___________________ memikirkan misteri kehilangan anak lelaki tunggalnya yang ghaib secara tiba-tiba.
- Rumah tangga pasangan itu _________________ setelah orang ketiga campur tangan dalam urusan mereka.
- Farid berasa _____________ apabila melihat ketinggian jambatan gantung itu.
- Para tamu yang ______________ majlis perasmian syarikat baru itu sedang bergambar.
- Rama-rama itu sedang ____________ madu bunga.
- Emak _____________ di ruang tamu sambil membebel semasa menunggu abang pulang kerana malam sudah larut.
- _____________ logo baru syarikat gergasi itu telah mendapat liputan meluas kerana rekaannya amat unik dan berteknologi tinggi.
- Semasa __________________ Jepun di Tanah Melayu, banyak rakyat hidup menderita kerana kekurangan makanan.
- Yang di-Pertuan Agong _____________ pingat keberanian kepada pegawai polis yang berjaya menumpaskan sindiket penculikan itu.
- Semua penduduk di Malaysia diseru agar sentiasa menjaga ___________ demi kesejahteraan negara.
- Bunyi paluan kompang yang ________________ itu menandakan pengantin lelaki telah tiba.
- Semua wartawan ____________ ke arah atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam temasya SUKMA 2008.
- Sikap Azlina yang suka _______________ menyebabkan dia kehilangan ramai kawan.
- Ubat itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai kerana sangat _____________.
- Akhirnya kami berjaya _____________ tugas yang berat itu.
- Beliau telah menang dalam pilihanraya itu dengan mendapat _____________ undi.
- Peninju itu menerima ________________ yang bertubi-tubi daripada lawannya.
- Azmir sering ____________________ seorang diri semenjak ayahnya meninggal dunia.
- Pak Mat dikatakan ____________________ dilambung ombak sebelum hilang daripada penglihatan.
Jumaat, 21 Ogos 2009
KERANAMU MALAYSIA
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
Khamis, 20 Ogos 2009
SELAMAT BERCUTI
Rabu, 19 Ogos 2009
Latihan semasa cuti
Tolong semak dari semasa ke semasa blog saya ini kerana saya akan memberi latihan bahasa melayu.
Jumaat, 14 Ogos 2009
KETELUSAN JIWA KETIKA BELAJAR
"Bermain-main" ialah perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid seperti mengganggu rakan, bergurau-senda, berkhayal, suka termenung dan tidak memberi perhatian dalam kelas.
Ketelusan jiwa ketika belajar amat diperlukan kerana ia ialah satu ibadah yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang sepenuhnya daripada murid-murid. Di antara ciri-ciri ketelusan jiwa ialah seperti berikut:
• Tidak menipu diri sendiri
Ramai murid-murid yang suka menipu diri sendiri ketika belajar! Contohnya, apabila guru bertanya sama ada seseorang murid itu memahami pengajaran guru, ramai yang mengangguk kepala tetapi pada hakikatnya mereka masih tidak memahami atau masih dalam keadaan terkeliru. Inilah yang dikatakan menipu diri sendiri. Dalam hal ini murid yang akan rugi kerana mereka akan ketinggalan disebabkan suka menipu diri sendiri. Oleh itu murid-murid harus telus dan ikhlas ketika belajar. Jika tidak memahami sesuatu topik murid-murid seharusnya bertanya dengan guru untuk mendapat bimbingan tambahan. Tidak ada seorang guru yang tidak akan menolong pelajarnya malahan mereka lebih berbangga kerana pelajar ingin bertanya. Jauhkan sifat malu bertanya.
• Memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.
Memberi perhatian sepenuhnya di am kelas adalah satu perkara yang amat penting. Ia bukan sahaja melibatkan mata, telinga dan anggota badan sahaja tetapi keseluruhan aspek termasuk minda dan jiwa. Minda seharusnya tertumpu kepada topik yang sedang dipelajari bukannya berada dalam keadaan khayalan. Manakala jiwa pula seharusnya bersemangat, berminat serta melibatkan sepenuhnya dalam sebarang aktiviti ang berlaku dalam proses pembelajaran tersebut.
• Persediaan diri
Untuk memastikan proses pembelajaran berlangsung tanpa gangguan, murid-murid harus membuat persediaan diri terlebih awal. Sebagai contoh murid harus membawa segala peralatan yang diperlukan dalam mata pelajaran yang tertentu. Manakala buku teks, buku kerja atau buku nota harus dibawa bersama untuk gerakkerja aktiviti. Gagal untuk melakukannya bermakna murid-murid tidak membuat pesiapan diri dan ini akan menjejas proses pembelajaran.
Exam punya hal!!!!
Kepada semua pelajar.....................selamat menghadapi peperiksaan pertengahan penggal 2.....
semoga keputusan peperiksaan kali ini lebih baik dari sebelum ini.....................jaga kesihatan dan kebersihan diri anda semua.......pastikan anda telah bersedia sepenuhnya sebelum memasuki dewan / kelas peperiksaan..............baca soalan dengan teliti.....faham kehendak soalan....... barulah menjawab......jawab dengan tenang dan jangan terburu-buru.....jangan bazirkan masa anda dengan termenung....gunakan masa yang ada dengan sepenuhnya..................wish all of you....good luck.....
Isnin, 10 Ogos 2009
APA ITU KEGAGALAN????
Gagal ialah satu keadaan bila mana apa yang kita buat tak menjadi seperti yang kita inginkan. Ataupun, gagal adalah satu situasi bila kita tak mencapai apa yang kita targetkan, kita tak mendapat apa yang kita mahukan.
Gagal wujud dalam segenap aspek hidup kita. Gagal dalam pelajaran. Gagal mendirikan sembahyang Subuh, gagal mengatur masa kerja dengan baik, gagal memasak dengan cukup sedap, gagal berusaha dengan cukup rajin. Itulah beberapa contoh kegagalan kecil yang kita lakukan.
Setiap hari, bila kita gagal mendirikan sembahyang Subuh, sebagai orang Melayu beragama Islam, kegagalan yang kecil tu akan melarat kepada kegagalan-kegagalan besar. Maka sebab itulah dalam azan, sering dilaungkan frasa “marilah menuju kejayaan” (hayya alal falah) untuk mengingatkan kita.
Gagal hanyalah suatu cara yang salah, satu usaha yang kurang berhasil, boleh juga dipanggil usaha yang dijalankan dengan cara kurang betul. Bukan tak betul, cuma kurang betul.
dipetik daripada:http://www.imotivasi.com/
Rabu, 5 Ogos 2009
Kemana hilangnya sifat manusia?????
Oleh Shahrul Nizam Mohamadam@hmetro.com.my
KUANTAN: Seorang ibu tunggal terkejut kerana tidak menyangka ‘bangkai itik’ tersangkut di celah akar pokok bakau yang dimakan biawak di tepi Sungai Kuantan berhampiran Peramu di sini, semalam, sebenarnya mayat bayi yang dihanyutkan arus.Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mastura Mamat, 34, dari Kampung Panching di sini, menemui mayat bayi itu ketika menikmati hidangan di tepi jeti milik kilang memproses makanan laut di kawasan itu.Lebih menyayat hati, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui hanya tinggal kepala dan sebelah tangan, manakala anggota badan lain hilang dipercayai dimakan haiwan liar.Menceritakan semula penemuan itu, Mastura berkata, dia menyedari kehadiran objek itu sejak kelmarin selepas melihat sekumpulan biawak mengerumuni sesuatu, tetapi tidak menghiraukannya.
“Ketika itu, saya melihat sekumpulan biawak memakan ‘bangkai’ itu yang terkeluar daripada balutan plastik hitam sejak jam 5 petang semalam (kelmarin), tapi tidak terlintas untuk memeriksanya sebelum mendapati ia masih berada di kawasan sama, pagi tadi (semalam).
“Beberapa rakan yang berada di jeti melihat objek itu secara dekat sebelum memberitahu ia mayat bayi yang tinggal kepala dan tangan,” katanya ketika ditemui.Menurutnya, dia memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang sebelum memberitahu Ketua Kampung Peramu, Baharuddin Sulong yang kemudian menghubungi polis, kira-kira jam 12 tengah hari.Katanya, berikutan penemuan mayat berkenaan, dia trauma dan kesal dengan individu tidak bertanggungjawab tergamak melakukan perbuatan kejam itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat bayi berkenaan.Menurutnya, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti jantina bayi itu termasuk mengetahui tempoh dilahirkan sebelum dibuang ke sungai berkenaan.Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan.
dipetik daripada http://www.hmetro.com.my
Rehatkan Minda
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
: Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
dipetik daripada http://kahkahkah.mnazman.com/modules/news/article.php?storyid=1034
Isnin, 3 Ogos 2009
Buah-buahan
Sabtu, 1 Ogos 2009
Kenangan Terindah
kepada semua pelajar yang terlibat dalam ekspedisi ke bukit larut.....tahniah kerana telah berjaya menawan bukit larut walaupun ada yang...?????.....satu pengalaman yang indah buat saya...dan membuatkan saya lebih mengenali kamu semua.....semoga apa yang kita lalui boleh dijadikan sebagai satu kenangan yang terindah.......
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu
Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Isnin, 27 Julai 2009
IMBUHAN MEN......
Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat bentuk kelainan, bergantung pada bunyi huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang dimaksudkan itu ialah me-, mem-, men-, dan menge-.
Men- menjadi me-
- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi huruf m, n, ny, ng, r, l, w, dan y. Contohnya: memasang, menanti, menyanyi, menganga, meratakan, melempar, mewariskan, dan meyakinkan.
- Kata dasar bahasa Melayu yang bermula dengan bunyi huruf, k, s, p, dan t juga menerima awalan me- ini. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya , iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s,
- contoh: mengasih (kasih), menyalin (salin), memesan (pesan), dan menari (tari),
Men- menjadi mem-
- apabila bergabung dengan perkataan yang bermula dengan bunyi huruf b, dan perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan bunyi huruf f, p dan v, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi b dan p.
- Contohnya : membawa, membalas, membeli, dan lain-lain seumpamanya.
- Daripada kata bahasa serapan, seperti bahasa Inggeris, terbit bentuk memveto (veto), mempopular (popular).
- Daripada bahasa Arab kita temukan perkataan memfitnah(fitnah), memfatwa (fatwa), dan daripada bahasa Jawa: mempamerkan (pamer)
- Kemudian daripada gugus konsonan kita temukan pula perkataan-perkataan seperti memproses (proses), memplagiat (plagiat), memblok (blok), dan membrek (brek).
MeN- menjadi meng-
- bergabung dengan dasar yang bermula dengan huruf-huruf konsonan g' gh,kh,h dan bunyi-bunyi vokal a, e, i, o, u.
- contoh menggulung, mengghaibkan, mengkhayalkan, menghantar, mengambil, mengelak, mengikat, mengolah, mengulit
meng- menjadi menge-
- apabila awalan ini bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada perkataan satu suku kata.
- Contohnya, perkataan-perkataan cat, had, khas, lap, sah.
- Kesemua perkataan yang tersenarai itu boleh bergabung dengan menge- membentuk kata terbitan seperti mengecat, mengehad, mengekhas, mengelap, mengesah.
PENGGUNAAN KATA KERJA IMBUHAN AWALAN MEN
- Menunjukkan arah / tempat > hilir (menghilir), tuju (menuju), hala (menghala), tuding (menunding)
- Mengeluarkan bunyi> aum (mengaum), iau (mengiau), derum (menderum) ilai (mengilai)
- Menjadi seperti > tikus (menikus) , batu (membatu)
- Berubah > kecil (mengecil), keras (mengeras), kuning (menguning)
- Melakukan sesuatu pekerjaan menggunakan mulut > rokok (merokok), sengih (menyengih), cebik (mencebik)
- Menuju sasaran > darat (mendarat), junam(menjunam), luncur (meluncur)
- Mencari/ Mengumpulkan> jala (menjala), damar (mendamar), rotan (merotan)
- Menyatakan keadaan> bara (membara), janda (menjanda)
- Melakukan perbuatan (pergi ke satu tempat > lancong (melancong), kembara (mengembara), lawat (melawat)
Rabu, 22 Julai 2009
ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA
- Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa kurun lamanya. Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan berbagai bentuk ini sejak pemerintah Kesultanan Melayu.
- Bentuk ikatan ini disebut juga sebagai solek. Kain ulu yang dikenali sebagai tengkolok berlainan warnanya dari sesebuah negeri. Ikatan tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH.
- Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.
MUSKAT
- Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
- Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
- Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen
- Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana Negara. Baju ini berasal dari Negara Muskat iaitu Negara Islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.
- Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah.
- Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang.
- Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Penggal Persidangan Parlimen.
PENDING DIRAJA
- Pending Diraja ini diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah dan bersulamkan sebelas bijipermata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.
- Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan berupa kepala "Garuda".
- Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
KERIS PANJANG DIRAJA
- Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris. Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.
- Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk "Tapak Kuda", dengan hiasan yang merupakan buah jering.
- Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
GANDIK DIRAJA
- Gandik Diraja atau pemeles ini ialah merupakan pakaian ulu bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
- Gandik Diraja ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak bulan dengan bintang, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih juga.
- Gandik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Gandik ini diperbuat khas supaya boleh dicerai menjadikan loket dan keronsang.
- Kalung Diraja ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
- Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Kalung ini boleh dicerai menjadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.
COGAN ALAM
- Cogan Alam ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.
- Cogan Alam diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 cm atau bersamaan lima kaki empat inci dan merupakan suatu bulatan di atas kepala tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi daripada emas
- Cogan Agama adalah merupakan alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang Kebesaran Kerajaan Malaysia. Cogan Agama diperbuat daripada perak dan panjangnya 155.04 cm atau lima kaki satu inci dan berupa sebatang tongkat bulat berkepala besar. Di atas kepala tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Pada batang dan kepalanya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
- Cokmar ialah alat kebesaran yang menjadi sebahagian daripada lambang kebesaran Kerajaan Malaysia. Cokmar ini terdiri dari dua batang dan diperbuat daripada perak. Tiap-tiap satu panjangnya 81.32 cm atau dua kaki lapan inci dan merupakan alat perang. Cokmar ini merupakan tongkat pendek berkepalakan kubah.
PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANG
- Pedang, Keris Panjang dan Sundang ialah tiga jenis senjata Melayu tua yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purbakala. Keris panjang dan sundang bersalut dengan perak serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.
PAYUNG UBUR-UBUR KUNING
- Payung Ubur-ubur Kuning ialah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja. Payung Ubur-ubur Kuning sebanyak dua puluh kaki dan diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi kebesaran Raja-rajanya. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.
TOMBAK BERAMBU
- Tombak Berambu sebanyak dua puluh kaki, matanya berluk tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah Negeri Semenanjung Malaysia.
NOBAT
- Perkataan nobat adalah berasal dari perkataan Parsi 'naubat' bermaksud sembilan jenis alat. Nobat ialah ‘pancaragam’ Diraja yang telah digunakan dari zaman berzaman di Negeri-negeri Melayu terutamanya untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Antara alat-alat bunyian Nobat ialah Gendang, Nafiri, Serunai dan Gong. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah:
NEGERI PERAK
NEGERI KEDAH
NEGERI SELANGOR
NEGERI TERENGGANU
PANJI-PANJI DIRAJA
- Panji-panji Diraja yang berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja. Karang padi yang berwarna keemasan melambangkan kemewahan atau kemakmuran.
DIPETIK DARIPADA http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk4/rk4.php
Ahad, 19 Julai 2009
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Melengkapkan Cerita
2 Biasanya sesuatu karangan haruslah mempunyai unsur-unsur seperti:
a) WATAK
b) LATAR TEMPAT
c) LATAR MASA
d) PERKEMBANGAN CERITA --> PERISTIWA, AKIBAT KEJADIAN, PLOT ATAU JALAN CERITA
e) PENYUDAH
f) PENGAJARAN
3 Setiap isi cerita harus mempunyai kaitan antara satu sama lain.
4 Plot untuk karangan jenis cereka mempunyai TIGA tahap yang utama, iaitu tahap permulaan, klimaks/suspens, dan penyelesaian.
5 PENTING!! Dalam peperiksaan, karanglah cerita yang menarik dan memberi kesan serta kreatif. NAMUN, JANGAN MENULIS tentang plot-plot yang TIDAK LOGIK dan berunsur cerita LUCAH atau HANTU. Kamu tidak akan mendapat markah yang tinggi dari segi ISI.
6 Teknik penulisan memainkan peranan yang penting dalam karangan jenis ini. Seelok-eloknya masukkan unsur-unsur ketegangan, dialog, diari, imbas kembali, imbas ke hadapan dan sebagainya supaya cerita anda tidak membosankan pembaca.
7 Untuk menjadikan cerita kamu lebih istimewa dan berkesan, pelbagaikanlah penggunaan ayat dalam karangan kamu
.8 Selain itu, gunakanlah unsur-unsur bahasa yang kreatif seperti kiasan,peribahasa, dialog dan bahasa berbunga untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita. Kamu juga boleh menggunakan deria untuk menambahkan keberkesanannya karangan kamu seperti karangan jenis gambaran.
9 Jika boleh, selitkan nilai-nilai murni dan yang memberikan pengajaran kepada pembaca.
Contoh Soalan
Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Pada hari Ahad begini lazimnya kami sekeluarga pergi berjalan-jalan. Namun, ketika duduk bersarapan di meja makan, aku keseorangan. Hatiku tertanya-tanya manatah perginya ahli keluarga yang lain? Aku terus menyapu seri kaya pada sekeping roti lalu menyuapnya ke mulut. Air kopi panas yang disediakan oleh Mak Munah kuhirup perlahan-lahan. Mulakan perenggan seterusnya untuk menyambung cerita anda berdasarkan perenggan di atas.
Rangka Jawapan
Isi· Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya – aku bertanyakan ayah dan ibu serta adik-adik yang lain – kakak hanya tersenyum simpul – memberitahu mereka telah keluar awal pagi tadi – hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama – malah, aku turut berasa hairan apa yang menggelikan hati kakak sehingga dia tidak habis-habis tersenyum sendirian.·
Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik – jam sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang – hatiku panas tidak terkira memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku bersendirian di rumah bersama kakak – puas aku memujuk kakak supaya membawa aku berjalan-jalan – pelbagai alasan yang diberikan – aku terpaksa beralah.·
Aku mula naik angin apabila mereka tidak pulang-pulang walaupun sudah petang – aku mengetuk pintu bilik kakak dengan kuat – perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan – kakak meminta aku bersabar – aku tidak peduli – sama ada dia bawa aku keluar berjalan-jalan atau aku akan merajuk sepanjang hari – kakak akur dengan permintaanku – aku tersenyum girang.
Penutup
Menaiki teksi menuju ke sebuah bukit – kelihatan sebuah hotel tersergam di atas puncak bukit itu dalam kawasan yang terjaga rapi – aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal – kakak masih belum bekerja – aku ketawa besar apabila dia mengatakan dia telah menang loteri – pintu hotel terbuka luas – satu sorakan kedengaran – seluruh ahli keluargaku berada di situ – rupa-rupanya mereka telah menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku – aku terkedu - sambil memeluk ayah dan ibu, air mata kegembiraan mengalir di pipiku.