Isnin, 27 Julai 2009

IMBUHAN MEN......

Dalam bahasa Melayu, antara imbuhan yang tinggi kekerapan penggunaannya ialah imbuhan kata kerja meN-. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada kata kerja transitif atau tak transitif.

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat bentuk kelainan, bergantung pada bunyi huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang dimaksudkan itu ialah me-, mem-, men-, dan menge-.

Men- menjadi me-
  • apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi huruf m, n, ny, ng, r, l, w, dan y. Contohnya: memasang, menanti, menyanyi, menganga, meratakan, melempar, mewariskan, dan meyakinkan.
  • Kata dasar bahasa Melayu yang bermula dengan bunyi huruf, k, s, p, dan t juga menerima awalan me- ini. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya , iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s,
  • contoh: mengasih (kasih), menyalin (salin), memesan (pesan), dan menari (tari),

Men- menjadi mem-

  • apabila bergabung dengan perkataan yang bermula dengan bunyi huruf b, dan perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan bunyi huruf f, p dan v, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi b dan p.
  • Contohnya : membawa, membalas, membeli, dan lain-lain seumpamanya.
  • Daripada kata bahasa serapan, seperti bahasa Inggeris, terbit bentuk memveto (veto), mempopular (popular).
  • Daripada bahasa Arab kita temukan perkataan memfitnah(fitnah), memfatwa (fatwa), dan daripada bahasa Jawa: mempamerkan (pamer)
  • Kemudian daripada gugus konsonan kita temukan pula perkataan-perkataan seperti memproses (proses), memplagiat (plagiat), memblok (blok), dan membrek (brek).

MeN- menjadi meng-

  • bergabung dengan dasar yang bermula dengan huruf-huruf konsonan g' gh,kh,h dan bunyi-bunyi vokal a, e, i, o, u.
  • contoh menggulung, mengghaibkan, mengkhayalkan, menghantar, mengambil, mengelak, mengikat, mengolah, mengulit

meng- menjadi menge-

  • apabila awalan ini bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada perkataan satu suku kata.
  • Contohnya, perkataan-perkataan cat, had, khas, lap, sah.
  • Kesemua perkataan yang tersenarai itu boleh bergabung dengan menge- membentuk kata terbitan seperti mengecat, mengehad, mengekhas, mengelap, mengesah.

PENGGUNAAN KATA KERJA IMBUHAN AWALAN MEN

  1. Menunjukkan arah / tempat > hilir (menghilir), tuju (menuju), hala (menghala), tuding (menunding)
  2. Mengeluarkan bunyi> aum (mengaum), iau (mengiau), derum (menderum) ilai (mengilai)
  3. Menjadi seperti > tikus (menikus) , batu (membatu)
  4. Berubah > kecil (mengecil), keras (mengeras), kuning (menguning)
  5. Melakukan sesuatu pekerjaan menggunakan mulut > rokok (merokok), sengih (menyengih), cebik (mencebik)
  6. Menuju sasaran > darat (mendarat), junam(menjunam), luncur (meluncur)
  7. Mencari/ Mengumpulkan> jala (menjala), damar (mendamar), rotan (merotan)
  8. Menyatakan keadaan> bara (membara), janda (menjanda)
  9. Melakukan perbuatan (pergi ke satu tempat > lancong (melancong), kembara (mengembara), lawat (melawat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan